Jom Follow

sEarCh

Khamis, 22 Mac 2012

memori di kem PLKN Rekreasi De' Bana Jempol

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia... Entry ALif kali ini nak berkongsi cerita tentang memori Alif di sepanjang berada dalam kem plkn selama 2 bulan 17 hari... Kenapa 2 bulan 17 hari ? Kenapa tak 3 bulan genap ? Ini kerana kumpulan 1 diberi keistimewaan... Agak untung la siapa-siapa yang dapat terpilih masuk dalam kumpulan 1.. Alif merupakan pelatih plkn kumpulan 1 / siri 9 / tahun 2012 (k1/s9/2012)... Banyak yang Alif pelajari dalam kelas di kem ini... Tetapi alif lebih suka pelajaran fizikal sebabnya dalam kelas multiskill agak bosan la dengan tenaga pengajarnya... Bukannya nak mengutuk, tetapi memang kenyataan...

Minggu terakhir kem Alif mengadakan latihan dalam modul fizikal iaitu Wirajaya... Memang seronok... Pihak kem membekalkan peralatan memasak , barang-barang untuk pelatih makan semasa berada di hutan... 
Sewaktu dihutan, agak seronok lebih-lebih lagi pada waktu malam... boleh buat 'campfire'... haha... tetapi taklah besar sangat... 

Kami pelatih plkn telah tamat latih pada tarikh 16 Mac 2012 serentak seluruh Malaysia... Alif berasa seronok dan tidak sangka cepat sungguh masa berlalu... Pejam celik pejam celik dah tamat latihan... Pada waktu malam kem di sini mengadakan majlis makan malam... Majlis diadakan untuk meluangkan masa bersama-sama kawan-kawan, para jurulatih & komanden buat kali terakhir... Makanan kami pada waktu majlis tersebut ialah nasi goreng cina, satay daging, nugget & kentang goreng... Memang kenyang sangat-sangat... Air pula air bandung + cincau.... Sewaktu majlis tersebut berlangsung, ada persembahan karaoke daripada pelatih, jurulatih & komanden kem... Apa-apa pun memang banyak kenangan yang tak boleh dilupakan...
Alif bersyukur sangat-sangat dapat rakan-rakan yang happening dalam kompeni bravo ni.. Dan dapat buddy yang memahami & rapat ngan Alif... Thanks ABDUL NOR HISHAM BIN SAHARUDIN because be my buddy... 
Dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sama dorm ngan Alif... terima kasih kerana beri kerjasama dengan Alif :)

script language=JavaScript>