Jom Follow

sEarCh

Isnin, 6 Ogos 2012

cemburu

Dalam setiap percintaan mesti ada rasa sifat cemburu pada pasangan masing-masing... Ya! Saya memang cemburu setiap kali awak cerita kisah hidup awak dulu-dulu.. Awak tunjukkan kat saya mesej-mesej awk dulu-dulu kat saya.. Saya hanya cover tak cemburu.. Saya berkata kat hati saya "Awak saya punya & saya percayakan awak"...
Pada mulanya saya syak yang awak sukakan kawan saya... Saya cuba menafikannya... Setiap hari awak hubungi dia.. Kalau tak call, message or whatsapp dia... Malam tadi awak call saya, saya pun mula berterus-terang kat awak.. Saya tanya kat awak elok-elok.. Setelah saya mendengar jawapan awk "Saya memang suka dia tapi cuma sikit je... Tapi saya tidak melebihi dia daripada awak"... Memang betul firasat saya sebelum ni... Hati saya tiba-tiba jadi retak seribu... Saya rasa terus bersabar & percayakan awak...
Saya harap awk ingat lagi pesanan saya hari tu... Sekali saya cakap macam tu, tu maknanya saya serius dan tidak main-main... Saya akan tunaikan kata-kata saya...

Selasa, 17 Julai 2012

Happy Anniversary :)


Post ni khas untuk awak sempena anniversary kia yang pertama.. Harap awak tersenyum setelah membaca post saya ni... Saya nak awk tahu yang saya sayang awk sgt2..

Cinta kita banyak ranjau. Tapi percayalah ia tidak sedikit pun mengurangkan cintaku padamu… Awak adalah insan teristimewa dalam hidup saya. Saya ta nak kehilangan awk seperti dlu..

Saya ingat lagi pertama pertemuan kita mula2 kt myspace... Waktu tu saya dah nak masuk ke sekolah teknik... Awak tinggalkan nombor handfone awk kat saya supaya mudah nk hubungi... Lepas saya dapat nombor awk, saya pn mscll nombor awk tu... Awak pn kata "Saya dah dapat nombor awk.."
Sejak dari tu kita asyik bermesej setiap masa...

Dalam sethn kemudian, awk ttba ta pn bermsj dengan saya.. Pada mulanya saya agak hairan kenapa awak ta mesej saya... Selalunya awk la yang selalu rajin mesej ngan saya... Saya mula selidik... Akhirnya saya dapat tahu bahawa awk dah jumpa dengan orang lebih bgus dr saya... 


2 tahun kemudian, awk mula cari saya balik.. Saya agak hairan... Awk mula cari saya semasa saya sedang menjalani Program Latihan Khidmat Negara... Masa tu saya sedang duty... Awak call saya sebab nak berjumpa dengan saya.. Saya pn beritahu yang saya ada kat Kem plkn di Jempol... Awk tiba di kem pada pukul 4.45 petang... Awk kasi saya muffin.. Saya pn terima pemberian awk... tu kali pertama kita berjumpa.....


Saya pernah beritahu awk yang saya masuk ke UiTM sebab awk... Saya nak masuk ke sini sebab nak berjumpa dgn awk... Tapi... Selepas saya masuk ke sini, saya baru dapat tahu yang awk dah ta belajar kat sini lagi... Saya terasa sedih sangat ketika itu... Tapi saya kuatkan semangat saya untuk meneruskan pelajaran saya tanpa ketiadaan awk di sini....

Awaklah sahabat saya
Awaklah buah hati saya

Selamanya... J

Saya ta pernah jemu melayan kerenah awak, dgr suara awak.. Setiap kali saya dgr suara awk, hati saya rasa tenang... Ada kalanya awk buat hati saya sedih & marah.. Tetapi saya hanya sabar, sabar & terus bersabar..Saya sanggup korbankan masa saya demi awak..

Saya igt lagi lagu yang awk bg kat saya....
“Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati
lagu cinta kita bermula
dari mata turun ke jiwa
dari teman menjadi cinta
dan berjanji untuk setia
sehidup semati kita”
menjanji kan bahagia
untuk kita berdua selamanya.."




Separuh hati saya kat awak, saparuh hati awak kat saya J

And

Happy 1st anniversary kita pada 18/7... Love u !
Mmuuuuaaahh!!!


Saya harap hubungan kita akan teros kekal selamanya.. Terima kasih kerana sudi menjadi buah hati saya...

Khamis, 28 Jun 2012

tentang diriku

Assalamualaikum & salam sejahtera ! wah ! dah lama Alif tak update apa-apa kat blog ni... Kali ini Alif nak menceritakan serba serbi tentang diri Alif..


  • Lahir pada 12 Oktober 1994..
  • Alif suka warna yang terang, lembut & gelap... Tetapi warna kegemaran Alif ialah unggu / purple... hehehe... kalau korang nak bagi Alif hadiah pada hari hari lahir nanti, pastikan ada warna unggu / purple..
  • Alif tidak suka sama sekali orang meminta maaf & mendengar perkataan maaf pada Alif.. Kalau nak tahu sebabnya, jumpa dengan Alif sendiri...
  • Alif tidak suka orang yang talam dua muka / hipokrit..
  • Alif ni seorang yang peramah..
  • Alif sanggup mengorbankan apa sahaja asalkan orang yang Alif sayang senyum & gembira...
Sampai disini sahaja Alif nak cerita tentang diri Alif... Kalau nak tahu lagi tentang diri Alif, selalu la berhubung dengan Alif :) sekian

Isnin, 7 Mei 2012

alhamdulillah

woot woot ! Assalamualaikum & salam sejahtera. Entry Alif kali ini nak menceritakan bahawasanya tidak lama lagi Alif akan digelar sebagai mahasiswa UiTM. Alif akan cerita balik di saat-saat detik Alif menunggu keputusan UPU. Alif semalam bangun tidur pada pukul 6.30 pagi untuk menunaikan sembahyang subuh seperti kebiasaan mengikut perintah Allah. Then Alif tidur balik.. Hehehe... Tiba-tiba Alif dengar message alert yang memekak tak habis-habis. Alif pun tengok lah siapa yang hantar message awal-awal pagi ni. Rupa-rupanya message daripada abangku. Hurm,.. nasib baik dia kejutkan aku. Kalau tidak, terlajak lah jawabnya.

Pada pukul 10 pagi Alif seperti biasa rutin harian (selepas sekolah) melayari laman sosial facebook & twitter. Alif tengok ramai kawan-kawan facebook & twitter Alif update status tentang keputusan UPU. Makin cuak rasenye Alif pada waktu itu. Hahahaa. Macam tunggu keputusan SPM pulak.

Pada pukul 11 pagi perut Alif dah mula berkeroncong. Itu tandanya perut Alif dah lapar. Tetapi Alif tidak ada selera nak makan. Sarapan pagi belum lagi. Mandi pun belum lagi. Hahaha. Korang jangan gelak pulak. Entah-entah korang pun sama. Hehehe. Alif pun berchatting dengan kawan-kawan Alif yang sedang menunggu keputusan UPU seperti Alif. Ketika sedang berchatting, tiba-tiba kawan Alif cakap sudah keluar keputusan UPU. Walhal baru pukul 11.35 pagi. Belum lagi pukul 12 t/hari. Alif agak pelik sikit. Alif pun cuba lah check sama ada betul atau pun tidak. Tengok-tengok betul. Tidak sangka Alif dapat. Betapa gembiranya Alif pada waktu itu. Hahaha. Mesti korang tidak percayakan Alif dapat UiTM ? Nah ! tengok ni !

Hahaha. Percayakan ? Alif tidak akan cakap sebarang fakta tanpa sebarang bukti. Kali ini Alif tidak boleh belajar main-main. Kena belajar betul-betul untuk masa depan Alif. Tidak mahu mengecewakan harapan ibu bapa Alif lagi. Terima kasih kepada semua yang sudi membaca entry Alif yang tidak seberapa ini. Harap berjumpa pada entry yang seterusnya. Assalamualaikum :)

Ahad, 29 April 2012

tawaran ke tingkatan 6 2012

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia.. Hari ini Alif nak tunjukkan kat korang yang Alif dapat tawaran ke tingkatan 6.. Hehehe... Bersyukur ke[ada hadrat illahi Alif dapat tawaran ini...


Tetapi Alif kena fikir masak-masak sebab kalau belajar ke tingkatan 6 ini kena belajar betul-betul... tidak boleh main-main... Alif kena belajar betul-betul sampai tahap target 3.45 pointer... Kalau tidak sampai tahap target pointer, bazir waktu Alif je belajar selama 2 tahun & tidak dapat langsung sijil ijazah... Kelebihan tingkatan 6 ini banyak... Tidak semua pelajar berpeluang dapat tawaran ke tingkatan 6... Sekian sahaja cerita Alif... Kita berjumpa lagi.. Assalamualaikum...

Ahad, 1 April 2012

ceramah KPP

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia... Entry Alif kali ini nak cerita tentang ceramah KPP... Apa itu KPP ? KPP tu bermaksud Kurikulum Pendidikan Pemandu...


Ha! Gambar yang ada diatas itu, buku yang Alif dapat la... Di dalam buku tersebut, terdapat banyak isi tentang undang-undang jalan raya yang terdapat di dalam negara Malaysia kita ini... Ceramah ini dijalankan selama 5 jam sahaja... Pada mulanya, Alif ingatkan ceramah ini bosan... Rupa-rupanya tidaklah bosan mana pun.. Penceramah yang memberi ceramah pada waktu itu pegawai daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)... Seronok sangat-sangat.. Dia membuat lawak dengan menceritakan pengalaman beliau semasa berkhidmat di jabatan tersebut ketika waktu ceramah tersebut... Hahaha... Tapi Alif agak cemburu juga dengan kawan-kawan kerana kawan-kawan Alif sudah mempunyai lesen motor... Alif sahaja yang belum ambil lagi...

Hehehe... Sekian sahaja Alif ingin bercerita kali ini... Jumpa lagi :)

Khamis, 22 Mac 2012

memori di kem PLKN Rekreasi De' Bana Jempol

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia... Entry ALif kali ini nak berkongsi cerita tentang memori Alif di sepanjang berada dalam kem plkn selama 2 bulan 17 hari... Kenapa 2 bulan 17 hari ? Kenapa tak 3 bulan genap ? Ini kerana kumpulan 1 diberi keistimewaan... Agak untung la siapa-siapa yang dapat terpilih masuk dalam kumpulan 1.. Alif merupakan pelatih plkn kumpulan 1 / siri 9 / tahun 2012 (k1/s9/2012)... Banyak yang Alif pelajari dalam kelas di kem ini... Tetapi alif lebih suka pelajaran fizikal sebabnya dalam kelas multiskill agak bosan la dengan tenaga pengajarnya... Bukannya nak mengutuk, tetapi memang kenyataan...

Minggu terakhir kem Alif mengadakan latihan dalam modul fizikal iaitu Wirajaya... Memang seronok... Pihak kem membekalkan peralatan memasak , barang-barang untuk pelatih makan semasa berada di hutan... 
Sewaktu dihutan, agak seronok lebih-lebih lagi pada waktu malam... boleh buat 'campfire'... haha... tetapi taklah besar sangat... 

Kami pelatih plkn telah tamat latih pada tarikh 16 Mac 2012 serentak seluruh Malaysia... Alif berasa seronok dan tidak sangka cepat sungguh masa berlalu... Pejam celik pejam celik dah tamat latihan... Pada waktu malam kem di sini mengadakan majlis makan malam... Majlis diadakan untuk meluangkan masa bersama-sama kawan-kawan, para jurulatih & komanden buat kali terakhir... Makanan kami pada waktu majlis tersebut ialah nasi goreng cina, satay daging, nugget & kentang goreng... Memang kenyang sangat-sangat... Air pula air bandung + cincau.... Sewaktu majlis tersebut berlangsung, ada persembahan karaoke daripada pelatih, jurulatih & komanden kem... Apa-apa pun memang banyak kenangan yang tak boleh dilupakan...
Alif bersyukur sangat-sangat dapat rakan-rakan yang happening dalam kompeni bravo ni.. Dan dapat buddy yang memahami & rapat ngan Alif... Thanks ABDUL NOR HISHAM BIN SAHARUDIN because be my buddy... 
Dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sama dorm ngan Alif... terima kasih kerana beri kerjasama dengan Alif :)

Sabtu, 21 Januari 2012

3 minggu dalam bulan pertama di PLKN

Assalamualaikum semua :)
ffuuuhhh ~ da berabuk Alif tengok blog ni sebab dah lama tak update..
hari ini Alif nak share entry pasal PLKN... Alif dapat kem PLKN di Jempol... memang best sangat2 kem tu.. panas-panas pun berangin juga.. tapi tak ada lah panas sangat... biasa-biasa sahaja.. di kem sini , Alif dapat company Bravo (Bellatrix Bravo)... apa itu company ? company uh lebih kurang macam group or team la...
sampai-sampai sahaja di kem tu , Alif pergi mendaftarkan diri , mengambil semua peralatan yang diberi oleh pihak JLKN dan yang paling menyedihkan kena potong rambut... kalau botak terus tak apa.. ni dia ada tinggalkan jambul... kelakar sangat-sangat... haha... Alif telah ditempatkan di dorm E... kawan-kawan Alif dalam dorm tu semua nya kelakar... Alif enjoy dengan mereka... ahli-ahli dalam dorm Alif ada yang datang dari Muazzam Shah , Seremban , Batu Pahat dan Yong Peng...


sekarang Alif nak cerita pasal kelas pula... mula-mula Alif ingatkan tidak ada kelas... rupa-rupanya ada... kelas yang dianjurkan oleh pihak PLKN ini berdasarkan subjek Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan (PSK)... hari pertama Alif masuk dalam kelas rasa boring sangat-sangat... lama kelamaan , bertambah seronok.... enjoy dengan kelas... kelas di sini dipanggil CB (character building).... alif ditempatkan dalam kelas CB4... sepanjang 3 minggu berada dalam kem ini , sudah 2 modul Alif pelajari... Alif akan mempraktikkan apa yang telah dipelajari dalam kelas CB tersebut...

bergambar bersama kumpulan kecil Alif
-group WINNER-


script language=JavaScript>