Jom Follow

sEarCh

Isnin, 7 Mei 2012

alhamdulillah

woot woot ! Assalamualaikum & salam sejahtera. Entry Alif kali ini nak menceritakan bahawasanya tidak lama lagi Alif akan digelar sebagai mahasiswa UiTM. Alif akan cerita balik di saat-saat detik Alif menunggu keputusan UPU. Alif semalam bangun tidur pada pukul 6.30 pagi untuk menunaikan sembahyang subuh seperti kebiasaan mengikut perintah Allah. Then Alif tidur balik.. Hehehe... Tiba-tiba Alif dengar message alert yang memekak tak habis-habis. Alif pun tengok lah siapa yang hantar message awal-awal pagi ni. Rupa-rupanya message daripada abangku. Hurm,.. nasib baik dia kejutkan aku. Kalau tidak, terlajak lah jawabnya.

Pada pukul 10 pagi Alif seperti biasa rutin harian (selepas sekolah) melayari laman sosial facebook & twitter. Alif tengok ramai kawan-kawan facebook & twitter Alif update status tentang keputusan UPU. Makin cuak rasenye Alif pada waktu itu. Hahahaa. Macam tunggu keputusan SPM pulak.

Pada pukul 11 pagi perut Alif dah mula berkeroncong. Itu tandanya perut Alif dah lapar. Tetapi Alif tidak ada selera nak makan. Sarapan pagi belum lagi. Mandi pun belum lagi. Hahaha. Korang jangan gelak pulak. Entah-entah korang pun sama. Hehehe. Alif pun berchatting dengan kawan-kawan Alif yang sedang menunggu keputusan UPU seperti Alif. Ketika sedang berchatting, tiba-tiba kawan Alif cakap sudah keluar keputusan UPU. Walhal baru pukul 11.35 pagi. Belum lagi pukul 12 t/hari. Alif agak pelik sikit. Alif pun cuba lah check sama ada betul atau pun tidak. Tengok-tengok betul. Tidak sangka Alif dapat. Betapa gembiranya Alif pada waktu itu. Hahaha. Mesti korang tidak percayakan Alif dapat UiTM ? Nah ! tengok ni !

Hahaha. Percayakan ? Alif tidak akan cakap sebarang fakta tanpa sebarang bukti. Kali ini Alif tidak boleh belajar main-main. Kena belajar betul-betul untuk masa depan Alif. Tidak mahu mengecewakan harapan ibu bapa Alif lagi. Terima kasih kepada semua yang sudi membaca entry Alif yang tidak seberapa ini. Harap berjumpa pada entry yang seterusnya. Assalamualaikum :)

script language=JavaScript>