Jom Follow

sEarCh

Isnin, 7 Mei 2012

alhamdulillah

woot woot ! Assalamualaikum & salam sejahtera. Entry Alif kali ini nak menceritakan bahawasanya tidak lama lagi Alif akan digelar sebagai mahasiswa UiTM. Alif akan cerita balik di saat-saat detik Alif menunggu keputusan UPU. Alif semalam bangun tidur pada pukul 6.30 pagi untuk menunaikan sembahyang subuh seperti kebiasaan mengikut perintah Allah. Then Alif tidur balik.. Hehehe... Tiba-tiba Alif dengar message alert yang memekak tak habis-habis. Alif pun tengok lah siapa yang hantar message awal-awal pagi ni. Rupa-rupanya message daripada abangku. Hurm,.. nasib baik dia kejutkan aku. Kalau tidak, terlajak lah jawabnya.

Pada pukul 10 pagi Alif seperti biasa rutin harian (selepas sekolah) melayari laman sosial facebook & twitter. Alif tengok ramai kawan-kawan facebook & twitter Alif update status tentang keputusan UPU. Makin cuak rasenye Alif pada waktu itu. Hahahaa. Macam tunggu keputusan SPM pulak.

Pada pukul 11 pagi perut Alif dah mula berkeroncong. Itu tandanya perut Alif dah lapar. Tetapi Alif tidak ada selera nak makan. Sarapan pagi belum lagi. Mandi pun belum lagi. Hahaha. Korang jangan gelak pulak. Entah-entah korang pun sama. Hehehe. Alif pun berchatting dengan kawan-kawan Alif yang sedang menunggu keputusan UPU seperti Alif. Ketika sedang berchatting, tiba-tiba kawan Alif cakap sudah keluar keputusan UPU. Walhal baru pukul 11.35 pagi. Belum lagi pukul 12 t/hari. Alif agak pelik sikit. Alif pun cuba lah check sama ada betul atau pun tidak. Tengok-tengok betul. Tidak sangka Alif dapat. Betapa gembiranya Alif pada waktu itu. Hahaha. Mesti korang tidak percayakan Alif dapat UiTM ? Nah ! tengok ni !

Hahaha. Percayakan ? Alif tidak akan cakap sebarang fakta tanpa sebarang bukti. Kali ini Alif tidak boleh belajar main-main. Kena belajar betul-betul untuk masa depan Alif. Tidak mahu mengecewakan harapan ibu bapa Alif lagi. Terima kasih kepada semua yang sudi membaca entry Alif yang tidak seberapa ini. Harap berjumpa pada entry yang seterusnya. Assalamualaikum :)

Ahad, 29 April 2012

tawaran ke tingkatan 6 2012

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia.. Hari ini Alif nak tunjukkan kat korang yang Alif dapat tawaran ke tingkatan 6.. Hehehe... Bersyukur ke[ada hadrat illahi Alif dapat tawaran ini...


Tetapi Alif kena fikir masak-masak sebab kalau belajar ke tingkatan 6 ini kena belajar betul-betul... tidak boleh main-main... Alif kena belajar betul-betul sampai tahap target 3.45 pointer... Kalau tidak sampai tahap target pointer, bazir waktu Alif je belajar selama 2 tahun & tidak dapat langsung sijil ijazah... Kelebihan tingkatan 6 ini banyak... Tidak semua pelajar berpeluang dapat tawaran ke tingkatan 6... Sekian sahaja cerita Alif... Kita berjumpa lagi.. Assalamualaikum...

Ahad, 1 April 2012

ceramah KPP

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia... Entry Alif kali ini nak cerita tentang ceramah KPP... Apa itu KPP ? KPP tu bermaksud Kurikulum Pendidikan Pemandu...


Ha! Gambar yang ada diatas itu, buku yang Alif dapat la... Di dalam buku tersebut, terdapat banyak isi tentang undang-undang jalan raya yang terdapat di dalam negara Malaysia kita ini... Ceramah ini dijalankan selama 5 jam sahaja... Pada mulanya, Alif ingatkan ceramah ini bosan... Rupa-rupanya tidaklah bosan mana pun.. Penceramah yang memberi ceramah pada waktu itu pegawai daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)... Seronok sangat-sangat.. Dia membuat lawak dengan menceritakan pengalaman beliau semasa berkhidmat di jabatan tersebut ketika waktu ceramah tersebut... Hahaha... Tapi Alif agak cemburu juga dengan kawan-kawan kerana kawan-kawan Alif sudah mempunyai lesen motor... Alif sahaja yang belum ambil lagi...

Hehehe... Sekian sahaja Alif ingin bercerita kali ini... Jumpa lagi :)

Khamis, 22 Mac 2012

memori di kem PLKN Rekreasi De' Bana Jempol

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia... Entry ALif kali ini nak berkongsi cerita tentang memori Alif di sepanjang berada dalam kem plkn selama 2 bulan 17 hari... Kenapa 2 bulan 17 hari ? Kenapa tak 3 bulan genap ? Ini kerana kumpulan 1 diberi keistimewaan... Agak untung la siapa-siapa yang dapat terpilih masuk dalam kumpulan 1.. Alif merupakan pelatih plkn kumpulan 1 / siri 9 / tahun 2012 (k1/s9/2012)... Banyak yang Alif pelajari dalam kelas di kem ini... Tetapi alif lebih suka pelajaran fizikal sebabnya dalam kelas multiskill agak bosan la dengan tenaga pengajarnya... Bukannya nak mengutuk, tetapi memang kenyataan...

Minggu terakhir kem Alif mengadakan latihan dalam modul fizikal iaitu Wirajaya... Memang seronok... Pihak kem membekalkan peralatan memasak , barang-barang untuk pelatih makan semasa berada di hutan... 
Sewaktu dihutan, agak seronok lebih-lebih lagi pada waktu malam... boleh buat 'campfire'... haha... tetapi taklah besar sangat... 

Kami pelatih plkn telah tamat latih pada tarikh 16 Mac 2012 serentak seluruh Malaysia... Alif berasa seronok dan tidak sangka cepat sungguh masa berlalu... Pejam celik pejam celik dah tamat latihan... Pada waktu malam kem di sini mengadakan majlis makan malam... Majlis diadakan untuk meluangkan masa bersama-sama kawan-kawan, para jurulatih & komanden buat kali terakhir... Makanan kami pada waktu majlis tersebut ialah nasi goreng cina, satay daging, nugget & kentang goreng... Memang kenyang sangat-sangat... Air pula air bandung + cincau.... Sewaktu majlis tersebut berlangsung, ada persembahan karaoke daripada pelatih, jurulatih & komanden kem... Apa-apa pun memang banyak kenangan yang tak boleh dilupakan...
Alif bersyukur sangat-sangat dapat rakan-rakan yang happening dalam kompeni bravo ni.. Dan dapat buddy yang memahami & rapat ngan Alif... Thanks ABDUL NOR HISHAM BIN SAHARUDIN because be my buddy... 
Dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sama dorm ngan Alif... terima kasih kerana beri kerjasama dengan Alif :)

Sabtu, 21 Januari 2012

3 minggu dalam bulan pertama di PLKN

Assalamualaikum semua :)
ffuuuhhh ~ da berabuk Alif tengok blog ni sebab dah lama tak update..
hari ini Alif nak share entry pasal PLKN... Alif dapat kem PLKN di Jempol... memang best sangat2 kem tu.. panas-panas pun berangin juga.. tapi tak ada lah panas sangat... biasa-biasa sahaja.. di kem sini , Alif dapat company Bravo (Bellatrix Bravo)... apa itu company ? company uh lebih kurang macam group or team la...
sampai-sampai sahaja di kem tu , Alif pergi mendaftarkan diri , mengambil semua peralatan yang diberi oleh pihak JLKN dan yang paling menyedihkan kena potong rambut... kalau botak terus tak apa.. ni dia ada tinggalkan jambul... kelakar sangat-sangat... haha... Alif telah ditempatkan di dorm E... kawan-kawan Alif dalam dorm tu semua nya kelakar... Alif enjoy dengan mereka... ahli-ahli dalam dorm Alif ada yang datang dari Muazzam Shah , Seremban , Batu Pahat dan Yong Peng...


sekarang Alif nak cerita pasal kelas pula... mula-mula Alif ingatkan tidak ada kelas... rupa-rupanya ada... kelas yang dianjurkan oleh pihak PLKN ini berdasarkan subjek Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan (PSK)... hari pertama Alif masuk dalam kelas rasa boring sangat-sangat... lama kelamaan , bertambah seronok.... enjoy dengan kelas... kelas di sini dipanggil CB (character building).... alif ditempatkan dalam kelas CB4... sepanjang 3 minggu berada dalam kem ini , sudah 2 modul Alif pelajari... Alif akan mempraktikkan apa yang telah dipelajari dalam kelas CB tersebut...

bergambar bersama kumpulan kecil Alif
-group WINNER-


Khamis, 22 Disember 2011

hang out :)

on 21 Disember 2011 corresponding day last Wednesday, I went out to a movie with Imran and Ika ... why did I choose the day Wednesday? for the day Wednesday, movie tickets cheap ... first we would like to see the story "Suatu Malam Kubur Berasap" ... but the story isdisplayed on 22 Disember 2011... finally we decided to watch the story of "Mission Impossible: Ghost Protocol" ... enjoyed very much see the story ... especially Tom Cruise acting ...



i'm happy hang out with them :)

Isnin, 12 Disember 2011

renung-renungkan lah



Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz

Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !

Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah !
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca pon.
script language=JavaScript>